Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

jangan kau risau akan JODOHmu..



Jodoh Ketentuan Allah

Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi TEMAN hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan

berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.


Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran

Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh

Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir

Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Semoga menjadi pedoman buat semua....

Disertakan Doa Pendekat Jodoh...amalkan di atas sejadah

cinta....mohonlah pada Pencipta Maha Suci Cinta...Mudahan kamu bertemu jodoh yang baik...insyaAllah..


sekadar..
sharing is caring
^_____________^


Friday, February 11, 2011

ashraf muslim

salam ashraf muslim!
hehehe
bongek ar laily nie
semalam tengok cerita USTAZ AMIRUL
cair babe tengok die dalam cerita tue..
perggghhh..die senyum senget lagi..
kalo die pakai specticle lagila encemmmm!!
then aku try tengok-tengok kat album pakcik google, kot-kot ada gambar ashraf muslim..
memang ada ok.
and
aku baru teringat, abang ashraf i nie,
pernah berlakon jadi mak nyah
sebelum die dapat hidayah la kan..
bukti?
see..

but now,
dah baek..
dah jadi pengembala berjaya
mengembala kambing..hehhe
bersama heroin cerita ustaz amirul

perrrggghhhhh...
encem seh die..
jatuh cinta
cair
my burhanuddin al helmy!!

fallinLove

saya
fall in love
pada die:
SONG JOONG KI!!

Die adalah pelakon drama sungkyungkwan scandal.
dalam cerita tue, tak jatuh cinta sangat..hahaha..
jatuh la jugak tapi tak banyak..
jatuh cinta jadi banyak bila..tengok gambar-gambar diatas!!
tapi saya tetap setia pada ASHRAF MUSLIM ya~~~