Sunday, February 27, 2011

human breast become ice cream?


comel kan?
heeeee~~

gud morning!
ceritanya pagi ni,
datang ofis
bukak laptop
dan terbaca artikel bout susu ibu

yup!
betul!
susu ibu banyak khasiatnya

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  • ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
selain itu, susu ibu juga membantu dari segi laen:
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
see?
ada banyak kebaikan susu ibu yang kita tak tau
dan tak sedar
sebab tu, ada ibu-ibu yang masih menyusukan anak-anak mereka
sampai umur mereka 3-4 tahun

dan ada juga laman web yang di-create khas untuk memberi panduan dan bimbingan serta perkongsian mengenai penyusuan susu ibu:

sumber

dan kerana ini jugalah wujudnya cerita ini

di Washington, terdapat sebuah kedai yang menjual ice cream yang mengandungi susu ibu!!!
terkejut?
saya juga!
kedai yang beroperasi di COVENT GARDEN nie menggunakan susu ibu yang di-donate oleh hampir 15 orang ibu *kini-esok-esok taktau lagi*
ibu-ibu ini berpendapat kenapa tidak boleh terima sedikit wang untuk sesuatu yang tidak mendatangkan keburukan pada diri mereka?
MATT O'CONNOR yang menjalankan perniagaan tue, akan blend susu ibu tue dengan Madagascan vanilla pods and lemon zest.

pendapat die juga, mungkin orang akan kata yukkksss! or uuwwwweeeekkksss!!!
tetapi!
sebenarnya itulah campuran yang pure, organic, free-range dan totally natural

heeee~~
what say you?
interesting?

No comments: